PG2U

header ads

Emas kekal aset pelaburan selamat untuk jangka panjang – Louis Ng (MGA)



.

KUALA LUMPUR, 28 Jun – Emas dijangka terus menjadi aset pelaburan selamat dan instrumen lindung nilai pilihan pelabur bagi tempoh jangka panjang, khususnya dalam persekitaran ekonomi yang tidak menentu.


RINGKASAN BERITA −

  • Nilai emas meningkat sejak tiga dekad kerana bekalan terhad, menunjukkan kekuatan jangka panjang aset ini.
  • Prospek emas tetap positif walaupun mengalami turun naik susulan krisis Asia Barat dan perubahan harga awal tahun ini.
  • Harga emas meningkat hampir 20 kali ganda dari sekitar RM30 kepada kira-kira RM600 satu gram dalam 30 tahun.
  • MGA menasihatkan elak spekulasi; amalkan menabung emas secara konsisten sebagai strategi pelaburan jangka panjang.
  • Presiden Persatuan Emas Malaysia (MGA), Datuk Seri Louis Ng berkata, nilai logam berharga itu terus meningkat sejak tiga dekad lalu seiring dengan bekalan emas yang semakin terhad di seluruh dunia.


Menurut beliau, prospek emas kekal positif meskipun komoditi itu mengalami turun naik harga susulan krisis di Asia Barat selepas mencatatkan kenaikan ketara pada awal tahun ini.


“Tiga puluh tahun lalu, harga emas sekitar RM30 satu gram. Hari ini, harganya mencecah kira-kira RM600 satu gram, iaitu peningkatan hampir 20 kali ganda.


“Ini membuktikan bahawa dalam jangka panjang, nilai emas terus meningkat. Sama seperti tanah dan rumah yang bekalannya terhad, emas juga merupakan aset yang mampu mengekalkan nilainya.”


Beliau berkata demikian pada Majlis Malam Pengiktirafan Public Gold, di sini.


Beliau menegaskan emas tidak seharusnya dijadikan instrumen untuk meraih keuntungan segera melalui aktiviti jual beli secara spekulatif.


Sebaliknya, orang ramai digalakkan mengamalkan tabiat menabung emas secara konsisten sebagai pelaburan jangka panjang.


Rabu lalu, harga emas dunia jatuh ke paras terendah dalam tempoh lebih tujuh bulan apabila susut di bawah paras AS$4,000 seauns susulan pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS) serta peningkatan jangkaan kenaikan kadar faedah

.

https://berita.rtm.gov.my/niaga/senarai-berita-niaga/senarai-artikel/emas-kekal-aset-pelaburan-selamat-untuk-jangka-panjang-mga/

Post a Comment

0 Comments